1. Allah SWT bersifat Ar Rahim yang bermaksud Maha Penyayang.
2. Tanda-tanda Allah SWT bersifat Ar Rahim:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->Allah SWT mengurniakan akal fikiran kepada manusia;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->Allah SWT menganugerahkan kepada manusia tubuh badan yang sihat supaya dapat beribadat dengan sempurna;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->Allah SWT memberi rezeki kepada manusia daripada makanan dan minuman yang pelbagai jenis untuk menjalani kehidupan yang selesa.
3. Kesan beriman dengan sifat Ar Rahim:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->bersyukur kepada Allah SWT dengan bertasbih, bertahmid dan takbir atas nikmat yang dikurniakan;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->menggunakan nikmat Allah SWT pada jalan kebaikan;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->mempertingkatkan ibadat dan amal kebajikan kepada Allah SWT.
4. Ciri-ciri amalan yang bertentangan dengan sifat Ar Rahim:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->bersifat bakhil kepada orang miskin;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->suka bergaduh dan bersifat bengis terhadap orang lain;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->menganiaya binatang dan merosakkan tumbuh-tumbuhan.
5. Perbezaan antara sifat Ar Rahman dengan Ar Rahim:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->sifat Ar Rahman:
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->untuk semua manusia sama ada Islam atau bukan Islam;
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->untuk nikmat di dunia saja seperti kesihatan, pangkat, harta kekayaan dan sebagainya.
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->sifat Ar Rahim:
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->khusus untuk orang yang beriman saja;
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->untuk nikmat di dunia dan di akhirat seperti nikmat Islam, iman, pahala, syurga dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment