Sunday, 28 September 2014
Sunday, 21 September 2014
KESAN BERIMAN KEPADA ALLAH
1. Tauhid ialah mengesakan Allah SWT iaitu tidak meyamakan Allah SWT dengan makhluk Nya sama ada dari segi zat, sifat dan perbuatan Nya.
2. Tauhid terbahagi kepada tiga bahagian iaitu tauhid Rububiyyah, tauhid Uluhiyyah dan tauhid Asma’ Wassifa.
3. Tauhid Rububiyyah bermaksud yakin dan percaya bahawa hanya Allah SWT saja yang mencipta, mentadbir, memiliki, memelihara dan memerintah seluruh alam.
4. Tauhid Uluhiyyah bermaksud meyakini bahawa hanya Allah SWT saja yang berhak disembah, dipatuhi, diminta pertolongan, digeruni dan dicintai.
5. Tauhid Asma’ Wasifat pula bermaksud yakin dan percaya bahawa Allah SWT saja yang memiliki nama-nama yang indah dan sifat-sifat yang sempurna serta mensucikan Allah SWT daripada segala sifat yang boleh menyerupai makhluk.
6. Kesan beriman dengan tauhid Rububiyyah dan Uluhiyyah:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->kesan terhadap individu:
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->melakukan amal ibadat dan kebajikan untuk mendapat kebahgiaan hidup di dunia dan di akhirat;
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->mengajak manusia melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->kesan terhadap masyarakat:
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->bebas daripada perkara maksiat;
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->jauh daripada perkara khurafat dan tahyul.
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->kesan terhadap negara:
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->negara berada dalam keadaan aman dan makmur;
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->negara dihormati dan disegani oleh negara-negara luar.
AL-ADLI:ALLAH MAHA ADIL
1. Allah SWT bersifat Al Adl yang bermaksud Maha Adil.
2. Tanda-tanda Allah SWT bersifat Al Adl:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->kejadian manusia yang memiliki tubuh badan yang sempurna serta akal fikiran yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->Allah SWT memberi rezeki kepada seseorang berdasarkan usaha;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->Allah SWT menghisab semua amalan yang dilakukan oleh manusia di dunia.
3. Ciri-ciri orang yang adil:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->menggunakan nikmat pancaindera dengan cara yang terbaik;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->membuat sesuatu keputusan dengan menyiasat dan mendengar keterangan terlebih dahulu;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->memberi hak orang lain tanpa memilih kedudukan atau pangkat.
4. Kesan melaksanakan keadilan:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT dalam hidup;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->perpaduan dan semangat kerjasama dapat diwujudkan dalam masyarakat;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->lahir pakar-pakar yang berdaya saing dalam pelbagai bidang kemahiran.
5. Akibat tidak berlaku adil:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->mendapat kemurkaan Allah SWT serta jauh daripada rahmat Nya;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->berlaku perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->keharmonian hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama akan terhakis.
AL-HAKIM:ALLAH MAHA BIJAKSANA
1. Allah SWT bersifat Al Hakim yang bermaksud Allah SWT Maha Bijaksana.
2. Tanda-tanda Allah SWT bersifat Al Hakim:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->cap jari manusia yang berlainan antara individu dengan individu yang lain;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->kejadian tanam-tanaman yang beraneka jenis dan rasa;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->kejadian binatang yang pelbagai bentuk dan rupa.
3. Kesan beriman pada Al Hakim:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->bersyukur dengan kejadian Allah SWT yang sempurna;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->bijak menguruskan sesuatu kerja yang diamanahkan;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->menggunakan akal fikiran untuk kemajuan diri, masyarakat dan negara.
4. Ciri-ciri amalan yang bertentangan dengan konsep Al Hakim:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->menggunakan akal untuk melakukan perkara maksiat dan kejahatan;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->tidak berusaha untuk membuat perubahan kea rah kemajuan diri;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->banyak berkhayal dan berangan-angan daripada berusaha.
AL-RAHIM:ALLAH MAHA PENYAYANG
1. Allah SWT bersifat Ar Rahim yang bermaksud Maha Penyayang.
2. Tanda-tanda Allah SWT bersifat Ar Rahim:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->Allah SWT mengurniakan akal fikiran kepada manusia;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->Allah SWT menganugerahkan kepada manusia tubuh badan yang sihat supaya dapat beribadat dengan sempurna;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->Allah SWT memberi rezeki kepada manusia daripada makanan dan minuman yang pelbagai jenis untuk menjalani kehidupan yang selesa.
3. Kesan beriman dengan sifat Ar Rahim:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->bersyukur kepada Allah SWT dengan bertasbih, bertahmid dan takbir atas nikmat yang dikurniakan;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->menggunakan nikmat Allah SWT pada jalan kebaikan;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->mempertingkatkan ibadat dan amal kebajikan kepada Allah SWT.
4. Ciri-ciri amalan yang bertentangan dengan sifat Ar Rahim:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->bersifat bakhil kepada orang miskin;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->suka bergaduh dan bersifat bengis terhadap orang lain;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->menganiaya binatang dan merosakkan tumbuh-tumbuhan.
5. Perbezaan antara sifat Ar Rahman dengan Ar Rahim:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->sifat Ar Rahman:
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->untuk semua manusia sama ada Islam atau bukan Islam;
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->untuk nikmat di dunia saja seperti kesihatan, pangkat, harta kekayaan dan sebagainya.
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->sifat Ar Rahim:
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->khusus untuk orang yang beriman saja;
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->untuk nikmat di dunia dan di akhirat seperti nikmat Islam, iman, pahala, syurga dan sebagainya.
AL-RAHMAN:ALLAH MAHA PEMURAH
1. Allah SWT bersifat Ar Rahman yang bermaksud Allah SWT Maha Pemurah.
2. Bukti-bukti Allah SWT bersifat Ar Rahman:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->kurniaan rezeki yang melimpah ruah kepada semua makhluk;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->tubuh badan yang sihat dalam menjalani kehidupan.
3. Kesan beriman dengan Ar Rahman:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->lahir individu yang bersifat pemurah kepada orang lain;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->sentiasa bersyukur kepada Allah SWT atas nikmat kurniaan Nya;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->sentiasa merendah diri walaupun memiliki kekayaan kerana yakin semuanya adalah kurniaan Allah SWT.
4. Perbezaan antara pemurah Allah SWT dengan pemurah manusia:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->sifat pemurah Allah SWT:
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->tidak terbatas kerana kekayaan Allah SWT adalah mutlak;
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->memberi sesuatu tanpa mendapat manfaat, tetapi untuk menguji keimanan manusia.
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->sifat pemurah manusia:
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->terbatas kerana manusia tidak memiliki kekayaan yang mutlak;
<!--[if !supportLists]-->· <!--[endif]-->memberikan sesuatu untuk mendapatkan manfaat atau ganjaran.
5. Ciri-ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Ar Rahman:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->kedekut atau bakhil kepada orang miskin;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->bersifat kejam terhadap makhluk Allah SWT;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->percaya kekayaan adalah hasil usaha diri sendiri, bukannya daripada Allah SWT.
AL-WAHID:ALLAH MAHA ESA
1. Allah SWT bersifat Al Wahid yang bermaksud Maha Esa.
2. Maha Esa Allah SWT meliputi pada zat, sifat dan perbuatan (af’al).
3. Maha Esa Allah SWT pada zat bermaksud Allah SWT memerintah dan mentadbir alam ini secara bersendirian tanpa bantuan sesiapa.
4. Maha Esa Allah SWT pada sifat bermaksud Allah SWT bersifat dengan sifat- sifat kesempurnaan yang berbeza dengan sifat makhluk yang bersifat lemah.
5. Maha Esa Allah SWT pada perbuatan pula bermaksud perbuatan Allah SWT tidak menyerupai perbuatan makhluk.
6. Kesan beriman dengan sifat Al Wahid pada akidah:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->bebas daripada amalan syirik dan khurafat;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->reda dengan ketentuan Allah SWT;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->yakin dengan pembalasan Allah SWT di akhirat
BERIMAN KEPADA ASMAUL-HUSNA
1. Al Asmaul Husna bermaksud nama-nama Allah SWT yang indah.
2. Berdasarkan hadis Rasulullah SAW, Allah SWT mempunyai 99 nama yang indah.
3. Sebab-sebab wajib beriman dengan Al Asmaul Husna:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->mendekatkan diri kepada Allah SWT;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->memudahkan seseorang memohon sesuatu kepada Allah SWT dengan menyebut nama-nama Nya yang sesuai dengan permohonan.
4. Kesan beriman dengan Al Asmaul Husna:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->membudayakan sifat-sifat kesempurnaan Allah SWT dalam kehidupan;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->insaf dengan kelemahan dan kekurangan diri;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->lahir individu yang rajin, tekun dan beramal soleh.
SEDEKAH PEMANGKIN KESEJAHTERAAN
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: كل سلامى من الناس عليه صدقة كل يوم تطلع فيه الشمس تعدل بين الاثنين صدقة وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها أو ترفع له عليها متاعه صدقة والكلمة الطيبة صدقة وبكل خطوة تمشيها الى الصلاة صدقة وتميط الأذى عن الطريق صدقة. رواه البخاري ومسـلم.
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: setiap sendi tubuh badan manusia menjadi sedekah untuknya pada setiap hari matahari terbit. Kamu melakukan keadilan di antara dua orang (yang berselisih faham) adalah sedekah, kamu membantu orang menaiki kenderaan atau kamu mengangkat barang-barang untuknya ke dalam kenderaan adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah kamu berjalan untuk menunaikan solat adalah sedekah dan kamu membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan adalah sedekah.
1. Sedekah ialah memberi sesuatu yang bernilai kepada seseorang.
2. Antara amalan sedekah yang terdapat dalam hadis:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->melakukan keadilan antara dua orang yang berselisih faham;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->membantu orang menaiki kenderaan atau mengangkat barang untuknya;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->mengucapkan perkataan yang baik;
<!--[if !supportLists]-->(d) <!--[endif]-->membuang perkara-perkara yang menyakiti di jalan seperti membuang duri atau ranting kayu yang menghalang perjalanan.
3. Adab-adab bersedekah:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->memberikan sesuatu dengan ikhlas, iaitu tanpa mengharapkan balasan;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->sesuatu barang yang disedekahkan itu adalah dari sumber yang halal;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->tidak mengungkit sedekah yang diberikan kepada seseorang.
4. Kesan amalan sedekah kepada pemberi sedekah:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->menjadi seorang yang pemurah;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->membersihkan diri daripada sifat kedekut dan bakhil.
5. Kesan amalan sedekah kepada penerima sedekah:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->dapat menikmati nikmat pemberian Allah SWT;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->memberi semangat untuk mempertingkatkan taraf hidup;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->memberi motivasi untuk berdikari dan berusaha mempertingkatkan taraf hidup.
6. Hikmat sedekah terhadap individu:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->mendapat keberkatan dan keredaan Allah SWT;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->dihormati dan dikasihi oleh manusia;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->jasanya akan dikenang.
7. Hikmat sedekah terhadap masyarakat:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->melahirkan masyarakat yang prihatin dan penyayang;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->meringankan beban masyarakat yang ditimpa musibah seperti mangsa banjir.
8. Pengajaran hadis:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->sedekah merupakan ibadat yang digalakkan dalam Islam;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->setiap amalan yang memberi manfaat kepada orang lain dikira sebagai sedekah jika dilakukan dengan ikhlas
MENCEGAH KEMUNGKARAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA
عن أبي سعيد الخدري رضى الله عنه قا ل : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فاءن لم يستطع فبلسانه فاءن لم يستطع فبقلبه وذلك اضعف الايمان. رواه مسلم .
Maksudnya: Daripada Abu Said Al-Khudri r.a, beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa di kalangan kamu yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan tangan, sekiranya dia tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, sekiranya tidak mampu hendaklah dia mengubah dengan hati dan mengubah dengan hati adalah selemah-lemah iman.
1. Kemungkaran bermaksud setiap perbuatan yang diharamkan oleh syariat Islam sama ada kesalahan kepada Allah SWT, manusia atau alam sekitar.
2. Cara-cara mencegah kemungkaran berdasarkan hadis di atas ialah:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->mencegah dengan tangan, iaitu mengubah dengan bidang kuasa yang ada seperti bapa bertanggungjawab terhadap anaknya;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->mencegah dengan lidah, iaitu sekiranya seseorang itu tidak mampu mencegah kemungkaran dengan tangannya, maka dia hendaklah mencegah dengan lisan, iaitu dengan memberi nasihat dan bimbingan;
<!--[if !supportLists]-->(c) <!--[endif]-->mengubah dengan hati, iaitu membenci kemungkaran yang berlaku. Cara ini merupakan selemah-lemah iman.
3. Kesan tidak mengikut prinsip dakwah yang betul:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->dakwah Islam tidak akan berjaya;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->maruah umat Islam akan tercemar.
4. Hikmat mencegah kemungkaran:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->melahirkan individu yang berakhlak cemerlang dalam kehidupan;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->melahirkan masyarakat yang bersatu padu prihatin dan bertanggungjawab.
5. Pengajaran hadis:
<!--[if !supportLists]-->(a) <!--[endif]-->mencegah kemungkaran adalah kewajipan setiap Muslim mengikut kemampuan masing-masing;
<!--[if !supportLists]-->(b) <!--[endif]-->mencegah kemungkaran akan menjamin kehidupan yang sejahtera
MENCONTOHI DAKWAH RASUL
Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran ayat: 159
Maksudnya: 159. Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
1. Dakwah ialah menyeru manusia beriman kepada Allah SWT dengan melakukan
segala perintah Nya dan menjauhi segala larangan Nya.
2. Setiap pendakwah mestilah mencontohi sifat-sifat Rasulullah SAW dalam berdakwah.
3. Sifat-sifat yang perlu ada dalam berdakwah ialah:
(a) lemah lembut, iaitu berbicara dengan baik dan sopan serta tidak menyinggung perasaan orang lain;
(b) pemaaf, iaitu memaafkan kesalahan orang yang tidak menerima dakwah yang disampaikan;
(c) memohon keampunan untuk orang lain;
(d) mesyuarat, iaitu mengadakan perbincangan sebelum membuat sesuatu keputusan;
(e) bertawakal, iaitu berserah kepada Allah SWT setelah melakukan usaha yang bersungguh-sungguh.
4. Kebaikan mesyuarat:
(a) keputusan yang diambil dipersetujui bersama;
(b) mengelakkan berlakunya pertelikahan yang akan membawa kepada pepecahan sesama manusia;
(c) melahirkan manusia yang menjaga kepentingan orang lain dan tidak mementingkan diri sendiri.
5. Hikmat tawakal:
(a) mengelakkan seseorang daripada berputus asa apabila sesuatu yang dilakukan tidak berjaya;
(b) seseorang itu dapat berusaha dengan gigih untuk mencapai sesuatu yang dicita-citakan;
(c) melahirkan insan yang bersabar dalam melaksanakan sesuatu di samping berdoa kepada Allah SWT;
(d) melahirkan insan yang merendah diri apabila mendapat sesuatu kejayaan.
6. Pengajaran ayat:
(a) setiap pendakwah mestilah mencontoh sifat-sifat Rasulullah SAW dalam berdakwah;
(b) kita hendaklah bersikap lemah lembut dengan orang bukan Islam untuk menarik minat mereka pada Islam;
(c) bermesyuarat amat penting dalam membuat sesuatu keputusan yang melibatkan orang ramai;
(d) umat Islam hendaklah bertawakal kepada Allah SWT setelah berusaha dengan bersungguh-sungguh.
SEGERA BERISTIGFAR DAN BERTAUBAT
Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran, ayat: 133 – 136
Maksudnya: 133. Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, 134. (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema'afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. 135. Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri. 136. Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan Itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal.
1. Orang bertakwa ialah orang yang melaksanakan perintah Allah SWT dan
meninggalkan segala larangan Nya.
2. Sifat-sifat orang bertakwa:
(a) membelanjakan harta pada jalan Allah SWT sama ada ketika senang atau susah;
(b) dapat mengawal diri ketika marah;
(c) memaafkan kesalahan orang lain;
(d) segera bertaubat kepada Allah SWT apabila melakukan dosa.
3. Cara-cara menghilangkan marah
(a) mengucapkan ta’awwuz;
(b) mengambil wuduk;
(c) duduk sekiranya berdiri.
4. Cara-cara bertaubat:
(a) bertaubat dengan ikhlas dan jujur;
(b) menyesal atas perbuatan dosa yang dilakukan;
(c) meninggalkan perbuatan dosa yang dilakukan;
(d) berazam tidak akan mengulangi dosa yang pernah dilakukan.
5. Kesan taubat kepada individu:
(a) meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT;
(b) memberikan ketenangan kepada jiwa.
6. Kesan taubat kepada masyarakat:
(a) lahir masyarakat yang sejahtera;
(b) hak masyarakat akan terpelihara.
7. Ganjaran kepada orang yang bertaubat:
(a) mendapat keampunan dan keredaan Allah SWT;
(b) dimurahkan rezeki dan sentiasa mendapat pertolongan Allah SWT.
8. Pengajaran ayat:
(a) orang yang bertakwa sentiasa membelanjakan harta sama ada ketika susah atau senang;
(b) kita hendaklah sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.
DAKWAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat 110.
Maksudnya: 110. Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
1. Dakwah dari segi istilah ialah menyeru manusia supaya beriman dan beribadat
kepada Allah SWT dengan melakukan perkara yang diperintah dan meninggalkan
perkara yang dilarang.
2. Setiap Muslim wajib berdakwah mengikut kemampuan masing-masing.
3. Cara-cara berdakwah:
(a) menyeru manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran;
(b) berdakwah dengan cara berhikmah atau bijaksana;
(c) berdakwah dengan cara memberi pengajaran yang baik;
(d) berdakwah dengan cara perdebatan dan perbahasan yang berkesan.
4. Peranan pendakwah dalam masyarakat:
(a) menyampaikan serta menjelaskan ajaran Islam yang sebenar kepada masyarakat;
(b) membantu mengatasi masalah social yang berlaku dalam masyarakat;
(c) membendung perbuatan bidaah, khurafat, syirik dan sebagainya yang boleh merosakkan iman.
5. Ciri-ciri orang mukmin:
(a) memiliki akidah yang mantap terhadap Allah SWT;
(b) melakukan sesuatu perkara berdasarkan syariat;
(c) memelihara hubungan dengan Allah SWT dan menjalinkan hubungan dengan manusia;
(d) berilmu pengetahuan dalam bidang ilmu fardu ain dan fardu kifayah;
(e) berakhlak mulia dalam kehidupan seharian.
6. Ciri-ciri orang fasik:
(a) suka melakukan maksiat kepada Allah SWT;
(b) melakukan sesuatu perkara menurut hawa nafsu.
7. Umat Islam digelar khairul ummah yang bermaksud sebaik-baik ummah kerana
mereka beriman kepada Allah SWT dan ditugaskan untuk menyeru manusia kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran.
8. Antara ciri-ciri khairul ummah ialah:
(a) berdaya saing iaitu mempunyai kekuatan untuk menguasai pelbagai ilmu di samping meningkatkan kualiti hidup;
(b) memiliki jati diri, iaitu mempunyai keperibadian yang berdasarkan ajaran Islam.
9. Pengajaran ayat:
(a) setiap umat Islam bertanggungjawab menjalankan dakwah;
(b) umat Islam adalah peneraju ke arah kemajuan dan kesejahteraan dunia.
MENGHARGAI SUNNATULLAH
Ayat Hafazan/Ayat Pemahaman: Surah Ali Imran: Ayat 27.
Maksudnya: 27. Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup dari yang mati, dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. dan Engkau beri rezki siapa yang Engkau kehendaki tanpa hisab (batas)".
1. Sunnatullah ialah cara dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Allah SAW ke atas
semua makhluk.
2. Proses kejadian siang dan malam;
(a) siang dan malam terjadi disebabkan bumi berputar di atas paksinya;
(b) bumi mengambil masa selama 24 jam untuk membuat sekali putaran;
(c) semasa berputar, kawasan yang mendapat cahaya matahari akan menjadi siang manakala kawasan yang tidak mendapat cahaya matahari akan mengalami malam.
3. Hikmat kejadian siang dan malam:
(a) manusia dapat mencari rezeki pada waktu siang;
(b) manusia dapat menjalankan kegiatan harian dengan sempurna;
(c) manusia dapat berehat pada waktu malam;
(d) manusia dapat beribadat dengan khusyuk pada waktu malam.
4. Proses kejadian manusia:
(a) bermula daripada percantuman air mani lelaki dengan ovum perempuan;
(b) proses persenyawaan air mani dan ovum akan membentuk segumpal darah (alaqah) dalam masa 40 hari;
(c) segumpal darah tersebut kemudiannya menjadi seketul daging (mudghah);
(d) daging tersebut akan membentuk beberapa tulang (izam);
(e) selepas itu, tulang-tulang itu dibalut dengan daging . maka terbentuklah lembaga yang lengkap;
(f) akhir sekali lembaga tersebut akan ditiupkan roh.
5. Dunia merupakan jambatan menuju akhirat. Ini menunjukkan kehidupan di dunia
tidak kekal. Manusia akan dihidupkan semula di akhirat setelah mati. Oleh itu
setiap manusia hendaklah berusaha mencari bekalan semasa hidup di dunia untuk
berjaya di akhirat.
6. Cara-cara untuk berjaya di akhirat:
(a) menghargai nikmat Allah SWT dengan bersyukur;
(b) banyak melakukan amal soleh dan kebajikan;
(c) meninggalkan segala larangan Allah SWT;
(d) memberi sumbangan masa dan tenaga ke arah kemajuan bangsa dan negara.
7. Pengajaran ayat:
(a) kejadian manusia, siang dan malam menjadi bukti kekuasaan Allah SWT.
(b) Semua makhluk di ala mini adalah tertakluk dengan sunnatullah;
(c) Setiap manusia telah dijamin rezekinya oleh Allah SWT dan mereka hendaklah berusaha untuk mendapatkannya;
(d) Matlamat kehidupan manusia adalah untuk mendapat kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat
Subscribe to:
Posts (Atom)