Sunday, 21 September 2014

AL-ADLI:ALLAH MAHA ADIL

1.         Allah SWT bersifat Al Adl yang bermaksud Maha Adil.

2.         Tanda-tanda Allah SWT bersifat Al Adl:

<!--[if !supportLists]-->(a)    <!--[endif]-->kejadian manusia yang memiliki tubuh badan yang sempurna serta akal fikiran yang dapat membezakan antara yang hak dengan yang batil;
<!--[if !supportLists]-->(b)   <!--[endif]-->Allah SWT memberi rezeki kepada seseorang berdasarkan usaha;
<!--[if !supportLists]-->(c)    <!--[endif]-->Allah SWT menghisab semua amalan yang dilakukan oleh manusia di dunia.

3.         Ciri-ciri orang yang adil:

<!--[if !supportLists]-->(a)    <!--[endif]-->menggunakan nikmat pancaindera dengan cara yang terbaik;
<!--[if !supportLists]-->(b)   <!--[endif]-->membuat sesuatu keputusan dengan menyiasat dan mendengar keterangan terlebih dahulu;
<!--[if !supportLists]-->(c)    <!--[endif]-->memberi hak orang lain tanpa memilih kedudukan atau pangkat.

4.         Kesan melaksanakan keadilan:

<!--[if !supportLists]-->(a)    <!--[endif]-->mendapat keberkatan dan rahmat Allah SWT dalam hidup;
<!--[if !supportLists]-->(b)   <!--[endif]-->perpaduan dan semangat kerjasama dapat diwujudkan dalam masyarakat;
<!--[if !supportLists]-->(c)    <!--[endif]-->lahir pakar-pakar yang berdaya saing dalam pelbagai bidang kemahiran.

5.         Akibat tidak berlaku adil:

<!--[if !supportLists]-->(a)    <!--[endif]-->mendapat kemurkaan Allah SWT serta jauh daripada rahmat Nya;
<!--[if !supportLists]-->(b)   <!--[endif]-->berlaku perpecahan dan persengketaan di kalangan masyarakat;
<!--[if !supportLists]-->(c)    <!--[endif]-->keharmonian hidup dalam masyarakat berbilang kaum dan agama akan terhakis.

No comments:

Post a Comment